Butiran Syarikat

Profil TSL Bestmas

TSL Bestmas ialah syarikat pertama yang membuat pau dan dim sum halal di Malaysia. Makanan kami disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak kami mula beroperasi pada tahun 2004. Tujuan kami memulakan perniagaan ini adalah untuk memperkenalkan pau dan dim sum halal kepada rakyat Malaysia di samping menyahut seruan kerajaan untuk menambahkan pengusaha makanan halal di Malaysia. TSL Bestmas juga ingin menyajikan pelbagai jenis pau dan dim sum halal kepada pengguna berbangsa lain supaya setiap orang berpeluang menikmati pau dan dim sum.

Butiran Syarikat

Sejarah TSL Bestmas

Matlamat Kami

Visi & Misi

Visi

Slogan kami adalah “bila cuba baru tau”. Kami ingin menarik perhatian orang ramai yang berpotensi menjadi pengguna produk TSL Bestmas.

Misi

  1. Mengembangkan perniagaan pau and dim sum halal ke seluruh Malaysia dan ke luar negara.
  2. Memastikan produk kami sentiasa halal, berkualiti dan harga berpatutan.
  3. Meningkatkan bilangan pengedar produk TSL Bestmas.
  4. Membantu syarikat yang ingin memulakan perniagaan pau dan dim sum.
  5. Memberikan nasihat tentang penyimpanan dan pengkukusan dim sum.